fbpx

Ayam Tandoori

iCookAsia

AYAM TANDOORI 

Bahan-bahan:

1 ekor Ayam – dibelah empat bahagian, dikelar-kelar dan dibersihkan

Bahan A: bahan kering untuk dikisar halus :

1 camca besar Jintan manis

1 camca besar serbuk Ketumbar

1 camca besar lada hitam

1 camca kecil bunga cengkih

1 camca kecil Buah Pelaga

Bahan B: bahan basah untuk dikisar halus :

250gm Halia

7 Ulas Bawang putih

1 camca kecil jus lemon

1 camcabesar cuka

1 camcabesar serbuk pemerah 

2 ½ cawan yoghurt

Garam dan Lada sulah secukup rasa

Bahan C: bahan sapu :

Satu cawan sos tomato dicampurkan bersama ½ cawan yoghurt

Marjerin untuk gris.

Cara:

  1. Kisar jintan manis, serbuk ketumbar, lada hitam, bunga cengkih dan buah pelaga.

  2. Kisar halia, jus lemon, cuka, serbuk pemerah, yogurt, garam, lada sulah dan bawnag putih.

  3. Campurkan bahan kering yang sudah dikisar halus dgn bahan basah kedalam mangkuk besar, setelah itu masukkan ayam, gaulkan.

  4. Perapkan semalaman.

  5. Setelah semalaman, sapukan marjerin pada permukaan talam memanggang, letakkan ayam , sapukan adunan sos tomato dan yoghurt pada ayam, dan bakar pada suhu 220 C selama 45 minit atau sehingga air titikan dari ayam berkurangan.

  6. Setelah masak, sapukan sedikit marjerin sebelum dihidang.

Tips :

Jika mahukan sedikit lagi pedas, tambahkan cili kering sebanyak 4 tangkai yang talah dikisar.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x