fbpx

8 Buah Ini Hampir Pupus. Ruginya Tak Sempat Merasa

iCookAsia

Bukan Badak Sumatra sahaja hampir pupus di muka bumi ini, buah-buahan ini juga sedang menghampiri tamat usia dan cukup sukar dijumpai. Malah ada yang tidak pernah mendengar nama, apatah lagi merasai keenakannya.

SEKIAT

• Rasa buah sekiat masam-masam manis
• Picit di bahagian atas atau bawah, kulit akan terbuka lalu isinya dimakan mentah.
• Kebiasaannya dimakan bersama dengan biji-bijinya sekali.

CERAPU

• Bentuk buahnya bulat seperti tomato
• Buahnya yang muda enak dimasak gulai
• Rasa masam-masam manis dan bergetah

KLUWIH

• Rupa kluwih seakan buah sukun
• Kulitnya berduri dan isinya enak di masak lemak
• Bijinya direbus dan boleh dimakan, rasanya cukup enak.

KASAI

• Buahnya berbentuk bujur
• Rapuh dan cepat pecah bila digigit
• Rasanya manis tetapi isinya nipis seperti buah longan

JENTIK-JENTIK
• Buahnya seakan buah rambai
• Buah yang sudah masak, jika dijentik, kulitnya akan pecah.
• Rasanya masam-masam manis.

SENTUL

• Buahnya bulat dan berwarna oren bila sudah masak
• Kulitnya tebal dan liat
• Isinya seakan ulas manggis. Kulit putihnya enak dibuat jeruk

TAMPOI

• Buahnya berwarna oren coklat
• Kulitnya tebal dan isinya berwarna putih susu
• Rasanya lemak tetapi sedikit kelat

KERIANG

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

• Ia juga dikenali dengan nama jambuarang
• Buahnya seakan buah anggur
• Bila masak buahnya berwarna hitam

Foto : Google

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x