Donat gebu pasti diminati ramai! Sangat enak dimakan pada waktu santai atau sebagai makanan ringan tatkala sibuk. Ikut sahaja langlah-langkah yang telah ditunjukkan dan boleh nikmati bersama yang tersayang.
Boleh juga dijadikan aktiviti ketika cuti sekolah anak-anak. Masih sedap untuk dimakan walaupun sudah sejuk. Bermacam jenis donut lagi ada seperti Donut Pandan, Donut Susu dan Donut Kentang. Tetapi donut biasa juga yang banyak dijadikan pilihan utama.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
500 g tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar mentega
1 cawan air suam
Gula kastor secukupnya
2 sudu besar susu tepung
Cara membuat:
- Mula-mula masukkan gula, susu pekat, air suam dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata dan ketepikan dahulu.
- Di dalam bekas yang berbeza, masukkan tepung bersama yis, susu tepung, mentega dan campuran gula, susu, air suam dan garam tadi. Kacau rata dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Kemudian tutup doh dengan tuala lembab, biarkan ia kembang dan naik hingga tiga kali ganda.
- Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan canai nipis, terap doh dengan menggunakan acuan donat dan goreng di dalam minyak panas sehingga berwarna kekuningan keemasan.
- Akhir sekali salut donat dengan gula castor dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity