Dengan melihat gambar perkongsian resipi dibawah sahaja, sudah boleh agak betapa juicy nya daging bakar harimau ini dan sos yang pedas ala Thai ni. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan teknik salai. Wow sedap!
Terima kasih Lina Thomas untuk perkongsian resipi Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai) ini 🙂
Bahan untuk Perapan Daging:
500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemakÂ
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
1 sudu besar kecil garam
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar brown sugar
Caranya:
- Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.
- Perap dari untuk 1 malam. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam ketuhar. Paling mudah, guna Periuk Pemanggang Ajaib sahaja.Â
Bahan untuk membuat Sos Ala Thai
6 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili api ditumbuk
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan namplaÂ
3 sudu brown sugar
1 bawang merah hiris nipis
2 biji cili api dihiris
1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika sukaÂ
Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Caranya: Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera anda.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Lina Thomas (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/