Bubur sangat terkenal untuk makanan orang yang sedang sakit. Tetapi, ia juga satu hidangan kegemaran sesetengah orang. Kadang, ada juga yang mengidam bubur dengan lauk sampingan. Di sini, seorang pengguna Facebook berkongsi antara lauk yang boleh digandingkan bersama bubur nasi. Nampak sedap kan?
Terima kasih Apple Green untuk perkongsian resipi Bubur Berlauk ini 🙂
Lauk pada bubur:
Limau nipis
Ikan bilis goreng bawang lada
Telur masin
Kangkung goreng berlada
Cara membuat Kangkung Goreng Berlada:
- Tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga garing.
- Masukkan garam dan ajinomoto.
- Akhir sekali, letakkan sayur kangkung.
*Anda boleh perasakan dengan sedikit gula kalau suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Apple Green (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/