fbpx

3 Resipi Sambal Unik Selain Dari Sambal Belacan Yang Patut Anda Cuba Sekarang.

iCookAsia

Siapa yang tidak suka sambal di Malaysia ini? Pedasnya sampai berguguran peluh di kepala. Berikut ada 3 pilihan sambal menarik yang boleh dicuba!

Sambal Gesek

Bahan bahan:

20 biji Cili api
1 biji 1 labu bawang besar – dipotong kecil
2 ulas Bawang putih
1 cawan Ikan bilis – dibasuh dan ditoskan
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula
1 /4 cawan Minyak

Cara-cara:

1. Mula-mula tumbuk cili padi, gula dan garam hingga lumat

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga separuh hancur dan ketepikan dahulu

3. Seterusnya tumbuk kasar ikan bilis

4. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing. Kemudian masukkan cili padi dan bawang yang telah di tumbuk tadi

5. Goreng dengan api yang perlahan sehingga sambal gesek menjadi garing. Sambal gesek sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

Sambal Pauh

Bahan-bahan:
1 biji Mangga muda.
3 ekor ikan kembung sederhana besarnya  (bukan mambong)
cili padi (ikut citarasa kepedasannya)
Garam secubit rasa
2 sudu minyak

Cara-cara:
1. Racik mangga muda macam nak buat kerabu mangga

2. Lumur sedikit minyak dan garam pada ikan kembung dan bakar selama 4 minit

3. Tumbuk cili padi bersama garam,

4. Masukkkan mangga yang diracik, tumbuk manja manja, jangan terlalu lumat. Supaya bila makan terasa crunchy mangga itu

5. Masukkan ikan bakar yang telah dipisahkan dari tulang

6. Tumbuk atau lenyekkan sehingga sebati dengan cili, garam dan mangga

 

Tempoyak

Bahan-bahan:

1cawan isi durian
5-7 biji cili padi merah & hijau
Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Mula-mula tumbuk cili padi sehingga hancur dengan menggunakan lesung batu.
  2. Kemudian asingkan isi durian dari bijinya dan tumbuk isi durian bersama cili tadi sehingga sebati. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Tempoyak sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Mahu lebih banyak lagi resipi sambal? Picit link ini sekarang!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti Kerabu Mangga ini? Sila LIKE Facebook iCookAsia serta subscribe ke channel Youtube kami sekarang!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x