fbpx

3 Manfaat Labu Air Yang Ramai Tak Tahu, Bagus Untuk Kesihatan Kita

iCookAsia

Korang pernah terfikir tak yang sebenarnya setiap buah atau sayuran yang kita makan mempunyai zat dan manfaatnya tersendiri? Selama ni kita cuma makan dan tahu manfaat sikit-sikit je. Kali ni, Admin nak share dengan korang salah satu manfaat yang sangat bagus dan boleh membantu untuk kesihatan kita semua. Nak tau tak?

Jom Admin share.

Terima kasih Zamira Shahabudin untuk perkongsian tips mengenai manfaat labu air ini 🙂

 Manfaat-manfaat:

  1.       Baik untuk hati dan ginjal
  • Untuk pengetahuan korang, labu air mengandungi air yang tinggi dan ianya bersifat diuretic dan anti inflamasi.
  • Nak tau tak kenapa labu air baik untuk hati dan ginjal? Kerana ia membantu melancarkan pembuangan air kecil dan mengurangkan perandangan
  1.       Menjaga kelembapan kulit
  • Bukan itu je tau, kandungan air dalam labu air baik untuk menjaga kelembapan kulit. Kandungan vitamin A dan C berfungsi sebagai antioksidan di mana dapat mengurangkan masalah kulit.
  1.       Melancarkan pencernaan
  • Labu air juga mengandungi serat yang baik untuk pencernaan. Kalau korang nak tau, serat dapat membantu kerja usus dalam mencerna makanan sehingga dapat mengurangi masalah perut kembung dan sembelit.

Jadi, setiap buah atau sayuran mempunyai manfaatnya tersendiri. Ianya sangat bagus jikalau kita lebih peka dan teliti dalam hal-hal sebegini.

Kredit tips dan gambar: Zamira Shahabudin(TikTok) , Sueila Ramlee(Website)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x