fbpx

3 Cara Penyediaan Air Asam Yang Mudah Dan Wajib Cuba. Memang Sedap Hingga Menjilat Jari

iCookAsia

Air Asam ini memang sangat sedap kalau dimakan dengan apa-apa sahaja terutamanya Ikan Bakar ataupun Sotong Bakar. Rasa dia memang betul-betul mengancam. Confirm bertambah makan nasi.

Nak buat Air Asam ini pun senang sangat tau. Guna bahan-bahan yang mudah sahaja. Jom kita try.

1.Air Asam Pusaka

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Ikan pari

Bahan B:

4 ulas bawang putih

1 1/2 inci belacan

6 biji bawang merah (Saiz bola ping pong)

Bahan C:

Beberapa tangkai cili padi

2 biji asam limau nipis (Saiz besar, kalau yang kecil guna 3 biji)

3/4 sudu besar gula

3/4 sudu kecil garam

3/4 sudu besar perencah Hilal

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali cuci bersih ikan tersebut dan bakar tanpa garam hingga ikan garing.
  2. Seterusnya, bakar semua bahan B di atas. Boleh menggunakan pan atau bakar atas bara api.
  3. Kemudian, kupas bawang bakar tadi. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili padi sehingga lumat.
  4. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal mengikut citarasa masing-masing.
  5. Perahkan 2 biji asam limau nipis untuk dapatkan airnya. Gunakan penapis untuk mengasingkan biji.
  6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong dan boleh dihidangkan.

Kredit resipi:  Afy AL Habibi  

2.Terung Bakar Air Asam

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 terung panjang (Bakar terung sampai wangi dan rasa lembut)

Bahan B:

6 biji  cili padi hijau

4 biji cili padi merah

2 biji bawang besar dimayang

1 sudu kecil extra asam jawa atau pes asam jawa

2 sudu kecil kerisik atau 1/2 sudu makan

1 cawan santan pekat bersama air

Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan kesemua bahan B. Kacau.
  2. Kemudian, ambil 1 biji terung yang sudah dibakar. Buang kulit kemudian potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam air asam. Kacau-kacau dan dah siap.

Makan dengan nasi panas lagi sedap.

Kredit resipi: Arieza Rieza

3.Air Asam Perfect

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 biji tomato

1 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Cili (Ikut kepedasan)

Sedikit belacan

Bahan B:

2 sudu besar asam jawa

1 1/2 sudu besar gula perang (Ikut citarasa)

1/2 sudu kecil garam (Ikut citarasa)

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, masukkan kesemua bahan A.
  2.       Seterusnya, masukkan air asam jawa.
  3.       Masukkan gula, garam dan gaul dengan tangan. Baru sekata.
  4.       Sebatikan rasa antara garam dan gula perang. Boleh dihidangkan.

Kredit resipi: Noratiqah Nordin(Facebook)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x