fbpx

2 Kedai Makan Yang Masih Dikunjungi Orang Ramai Sehingga Sekarang

iCookAsia

1) Anuar Kari Kepala Ikan

Anuar Kari Kepala Ikan atau juga dikenali sebagai Bangsar Fish Head Corner merupakan sebuah gerai makanan di Pusat Penjaja Taman Lucky telah mendapat sambutan yang amat besar dengan apa yang dijual di sana.  Pelanggan-pelanggan sanggup untuk beratur panjang hanya untuk merasa hidangan yang luar biasa di sana.

Kedai ini dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari selasa dan jumaat di mana kedai akan dibuka pada jam 10 pagi. Ramai yang akan menanti untuk membeli juadah yang dihidangkan di sana dengan harga nya yang sangat berbaloi dan berpatutan. Bercakap mengenai harga, ramai pelanggan yang memberi komen bahawa harga yang ditetapkan sangat murah dan mempromosikan kedai tersebut kepada orang ramai.

“Best Fish Head Curry and Nasi Bajet I have ever tried, I personally prefer taugeh for the selection of veggie. Highly recommended”

Itu adalah antara feedback yang diberikan oleh pelanggan di kedai makan tersebut. Bukan itu sahaja, menu yang murah juga menjadikan ramai orang ingin mencuba terutamanya Kari Kepala Ikan.

2) Tiga Budak Gemok

Tiga Budak Gemok juga merupakan satu kedai makan yang agak terkenal dalam kalangan orang ramai. Dikatakan bermula daripada perniagaan bawah pokok sehingga satu tahap yang dikenali ramai orang.

Bukan itu sahaja, dikatakan terdapat beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor Dan Melaka di mana cawangan HQ bertempat di Wangsa Maju. Walaupun dengan musim sekarang yang tidak dapat menikmati makanan mereka di kedai tetapi beberapa cawangan telah dibuka untuk orang ramai dine-in di sana. Bagi cawangan yang tidak termasuk untuk dine-in, servis delivery, pandu ambil dan pick-up masih berjalan seperti biasa.

Menu utama yang menjadi tarikan di sana adalah Nasi Tiga Budak Gemok Ayam Kicap, Daging Kicap dan Kambing Kicap. Tapi anda semua tidak perlu risau, masih terdapat menu lain yang dijamin memenuhi cita rasa anda semua. 

Dua kedai makan ini antara yang wajib anda cuba tau. Tak dapat dine-in pun, delivery pun ada. Craving satisfied orang kata. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh pergi ke akaun media sosial Bangsar Fish Head Corner dan Tiga Budak Gemok.

Facebook : Bangsar Fish Head Corner

Instagram: Kari Ikan Kepala Anuar

Website: Tiga Budak Gemok

Instagram: Tiga Budak Gemok

Jangan lupa untuk cuba hidangan di sana okay! 😉 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x