fbpx

10 Sambal Popular Dari Indonesia

iCookAsia

Seperti Malaysia, makanan di Indonesia juga tidak akan lengkap jika tiada sambal. Sambal boleh dikatakan sebagai pembuka selera, berikut adalah 10 sambal yang popular di Indonesia. Mungkin ada yang anda pernah cuba?

 

1. Sambal Terasi

http://vebma.com

Sambal ini cukup popular di Indonesia dan pasti ada setiap kali tiba masa untuk makan. Sambal Terasi mempunyai persamaan dengan Sambal Belacan di Malaysia. Untuk membuat sambal ini, anda perlukan cili, tomato, terasi dan bawang. Terasi adalah sama seperti belacan cuma ia diperam dengan lebih lama.

 

2. Sambal Roa

http://agrowindo.com

Sambal ini berasal daripada utara Sulawesi dan bahan utamanya merupakan ikan roa. Rasa dan aromanya yang unik membuatkan Sambal Roa terkenal di Indonesia dan menjadi makanan tradisi di utara Sulawesi. Di Manado, utara Sulawesi, penduduk disana kebiasaannya akan makan Sambal Roa bersama-sama dengan bubur yang bernama ‘Tinutuan/Bubur Manado’

 

3. Sambal Bawang

Sambal ini mempunyai rasa bawang putih yang sangat kuat. Untuk menyediakan sambal ini, anda perlu tumbuk hancur campuran cili, bawang putih dan garam dengan lesung batu. Kemudian, sebelum dihidangkan pastikan sedikit minyak panas dicampurkan ke dalam sambal tersebut. Enak dicicah bersama ayam goreng atau tempe!

 

4. Sambal Lado

http://catatanwebsitepribadi.com

Sambal ini berasal dari Padang, Sumatera Barat dan mempunyai warna merah yang amat terang. Mungkin itu melambangkan betapa pedasnya sambal ini! Sambal Lado diperbuat daripada cili hancur, bawang putih, bawang kecil, bawang besar, tomato, garam dan air limau. Semua bahan-bahan ini akan di tumis bersama minyak yang panas sehingga sebati.

 

5. Sambal Ijo

Walaupun warna sambal ini mungkin menakutkan anda, ia tidaklah sepedas yang disangkakan. Anda akan jumpa Sambal Ijo di kebanyakan restoran Padang di Indonesia. Warna hijau sambal ini berasal dari bahan utamanya iaitu cili hijau dan juga tomato hijau. Sambal Ijo juga mempunyai rasa dan aroma yang sangat unik. Pada masa kini, sambal ini bukan sahaja dimakan bersama dengan Nasi Padang, tetapi juga dengan hidangan lain seperti ayam penyet atau ikan goreng

 

6. Sambal Bajak

Sambal ini sesuai untuk mereka yang tidak tahan pedas. Sambal Bajak mempunyai rasa yang manis dan warnanya juga adalah lebih gelap. Cara membuat Sambal Bajak adalah sama seperti Sambal Terasi cuma Sambal Bajak perlukan tambahan asam jawa.

 

7. Sambal Matah

http://Dapur%20Onlineku

Sambal ini berasal dari Bali dan dihasilkan daripada campuran cili merah, bawang kecil, limau purut, daun limau purut, garam dan minyak. Cara menyediakannya adalah sangat senang. Anda hanya perlu campurkan semua bahan-bahan ini didalam mangkuk dengan minyak sayuran. Gaul sehingga sebati dan Sambal Matah sudah sedia untuk dimakan.

 

8. Sambal Taliwang

http://omiyago.com

Sambal ini menggunakan cili merah, bawang, belacan dan lengkuas sebagai bahan utama. Ia sangat terkenal kerana sangat pedas. Berasal dari Lombok, penduduk disana selalunya akan menikmati sambal ini bersama-sama dengan ayam panggang dan ianya dikenali sebagai Ayam Taliwang.

 

9. Sambal Goang

http://vemale.com

Sambal ini merupakan sambal mentah yang diperbuat daripada cili, bawang, lengkuas dan garam. Ianya popular dengan masyarakat Sunda. Cara menyediakan sambal ini adalah mudah. Tumbuk kesemua bahan-bahan tadi sehingga hancur. Kemudian, tuangkan sedikit minyak panas dan sambal ini telah sedia untuk dinikmati! Sambal ini boleh didapati di kebanyakan restoran di Jawa Barat seperti di Bandung, Bogor dan Sumedang

 

10. Sambal Petis

http://mangcook.com

 

Terkenal di Jawa Timur, sambal ini menggunakan cili, petis, bawang putih, garam, kicap dan air. Petis ini berasal daripada kuah udang atau ikan yang dipanaskan sehingga ianya menjadi pekat. Sambal petis sedap digandingkan bersama tauhu goreng.

 

Anda juga boleh lihat versi video disini:

https://www.youtube.com/watch?v=bri4apM-wzw

Ternyata Indonesia merupakan sebuah negara yang dipenuhi dengan penduduk yang sukakan masakan yang pedas. Adakah anda mempunyai sambal kegemaran dari Indonesia?

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x